Thursday, 14 July 2011 | 11:01:00 pm | 0 ♥ Sweet Candy
Petang tadi pukol 2-6ptg sekolah Ierah ade buat Sukan Tahunan Kali Ke-9.huhuhu...tahun nie first time Ierah datang Sukan Tahunan kat sekolah SMKBR...Dari Ierah masuk sekolah tu dari form 2 smpai form 5 tahun nie baru lah Ierah dapat rasa kemeriahan Sukan Tahunan kat sekolah tu.Maklum lah orang pemalas nak pergi sukan.Lagipun tahun nie tahun last Ierah kat sekolah tu.So Ierah bertekad nak pergi memeriahkan Sukan Tahunan.Akhirnya tercapai jugak.Walaupun tadi kelam kabut sangat smpai nak makan tengahari x sempat.
Walaupun Ierah tak ambil bahagian tapi Ierah ade tugas.Tugas Ierah kena hias khemah..Penat sangat walaupun just hias khemah.Tu pun dah saat akhir kiteorang dapat idea nak hias khemah.Khemah rumah sukan lain punye lah meriah.Tapi papehal pon puas ati lah ade juga hiasan.Thanks kepada sesiapa yang terlibat hiaskan khemah.Nak sebut ramai sangat...
Lepas hias khemah kiteorang lepak kat atas bukit berdekatan ngan sekolah SKTBR.Kiteorang lepak kat situ bukan saje2.Kiteorang nak bagi sokongan kat rumah sukan kiteorang.So kiteorang dok lah situ.Papehal tahniah kat pasukan Rumah SATRIA sebab dapat kutip pingat untuk Rumah SATRIA.tahnia yea!!
Nie gambar yang Ierah nak kongsikan...Tak banyak pun gambar yang Ierah ambil sebab bateri low lah pulak...
khemah yang telah dihiaskan.walaupun simple!!
Intan Yuhana dan Noor Haziqah Hazirah
Intan Yuhana,Noor Haziqah Hazirah dan Nur Zayani
Peserta perbarisan Rumah Satria
Nak tunjuk no bertuah kerw??or atlit Rumah SATRIA???
Gelagat kawan Ierah.
Memang suka bergambar
Smart pic nie....macam duduk dalam frame pulak..huhuhu...
huummmm....rasanya sampai sini jelah cerita Ieraha.I'm so tired and rasa nak demam.Tekak dah mula sakit.Maklum lah dah lama tak demam.
p/s: kepada Nur Zayani jangan kecil hati eh gambar awak tak banyak.sory yea....
Tuesday, 5 July 2011 | 4:14:00 pm | 0 ♥ Sweet Candy
note: sekadar ingin meberi nasihat sahaja.kalau ada yang terasa minta maaf yea...tak de niat pon...huhu...
Sunday, 3 July 2011 | 8:13:00 pm | 0 ♥ Sweet Candy
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai? luruh
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai? luruh
[*]
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada
[**]
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang [*]
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana.. na…
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana.. na…
Kau masih ada ulang 2x
Kau masih adaaa… ooooooooo!
Kau masih adaaa… ooooooooo!
Ulang [**]
Tanya sama pokok…
(Saje tak de kerja nak wat...huhu...best gila lagu ni.kalo nak dengar lagu nie carilah sendiri yea...huhu..)
Friday, 1 July 2011 | 4:54:00 pm | 0 ♥ Sweet Candy
Hari nie post menarik yang ierah nak kongsikan.Benda ni ierah dapat pun dekat blog media serius (jangan marah kpd empunya blog nie yea...sjerw nak kongsi)
Nie benda yang ierah nak cite kan...
Sepah jadi juara Maharaja Lawak dan paling terkesan sekali sekarang ialah lawak Manisnya Kurma ini, bila Sepah buat lawak tiru gaya Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dan suaminya dalam rancangan Semanis Kurma. Ada orang kata Sepah ejek Ustazah ni macam ejek agama pulak, mempersendakan agama.
Tapi tengok masa lawak takda pulak Sepah ni duk buat ejek ayat2 quran. Lawak biasa je ajukan memek muka je yang Sepah buat tak sampai melarat2 ayat2 quran. Johan pun pernah tiru gaya Fazilah Kamsah cakap dengan watak Fazilah Kamtumi, takda sapa pulak kisah pasal tu.
Nie komen Ustazah Nor Bahyah di Facebook pasal lawak Sepah Manisnya Kurma ini…
Ustazah Nor Bahyah pun ok je, tak da dia marah marah orang buat lawak pasal rancangan Semanis Kurma tukar jadi Manisnya Kurma ini. Ustazah siap puji Sepah ni sebab tu tandanya kumpulan Sepah lawak ni pun tengok rancangan Semanis Kurma, tiru untuk kebaikan takpa. Ambik yang positif takpa. Kira gandingan Ustaz dan Ustazah dalam Semanis Kurma ni dah terkesan dan ada peminat tersendiri.
So benda ni lah yang Ierah nak kongsikan....huhuhu...
Thursday, 30 June 2011 | 5:54:00 pm | 1 ♥ Sweet Candy
Tiba-tiba Ierah nak cerita pasal novel.Sekarang ni Ierah tengah baca novel HINGGA KE AKHIRNYA penulisnya SITI NUR DHUHA.Lagipun Ierah belum habis lagi baca novel nie.Belom ada masa nak habis kan....maklum lah banyak kerja sekolah banayak..hahaha...(agak leh terima tak alasan nie...hahaha..).
nie lah novel yang Ierah sedang baca.
watak dalam novel nie TENGKU KHUZAIRI dan MIMI ATIA.
Novel nie best gak walaupun Ierah baru baca separuh...hahaha.
Nie novel paling Ierah suka sangat....Novel nie lah first time Ierah menitiskn air mata...hahaha dah kantoi.mmg best lah novel nie ierah bagi 10/10 untuk novel nie.huhuhu...
Disebalik rahsia...hahahaha....
Sebenarnya Ierah belum abis lagi baca novel Tingkatan 5 iaitu novel Sutera Dalam Lukisan...hahaha....patutnya novel nie lagi penting daripada novel kat atas tu...hummm apa kan daya nafsu nak baca novel cinta x leh nak kawal..hahahaha....tak pe Ierah akan usaha abiskan novel Sutera Dalam Lukisan nie...
Bak kata pepatah 'Nak seribu daya,tak nak seribu dalih' so ierah akan ingat peribahasa nie untuk ierah rajin kan diri baca novel yang patut ierah baca....iaitu novel SUTERA DALAM LUKISAN.
Wednesday, 29 June 2011 | 9:14:00 pm | 0 ♥ Sweet Candy
Hahahaa...kemalasan telah melanda diri Ierah.Makin dekat nak SPM,makin pemalas nak belajar.Kenapa ek?Macam-macam dugaan yang dapat masa nak hampir SPM.Sekarang nie AKADEMI FANTASIA dan MAHARAJA LAWAK dah abis tapi tetap malas nak belajar.Macam mana nak buat nie?Pening-pening....Patutnya nak SPM x payah tengok benda-benda nie semua,tapi tetap nak tengok jugak .Macam mane nak buat nie.Makin dah ada blog makin malas nak study.Asyik-asyik nak update blog jer.
Nie lah benda yang paling Ierah malas nak buat masa dah dekat nak SPM iaitu:
- Study
- Lengkap kan nota(banyak nota yang terbengkalai)
- Buat homework(sekolah dan tusyen)
- Pergi Tusyen (dapat tusyen free pun malas nak pergi.hahahaha)
- Time kat kelas malas nak ikuti pelajaran Geografi dan Pendidikan islam(dulu subjek P.islam dan Geografi punyalah ierah minat)
- Dan macam-macam lagi lah
Kalau ikutkan banyak. Tapi tak larat nak tulis.Takut nanti bosan pulak nak baca nanti.hahahah....Macam mana lah nak ubah diri nie jadi RAJIN....Hanya tinggal 5 bulan jer lagi nak exam.
BOLEHKAH IERAH UBAH DIRI IERAH JADI RAJIN????
Saturday, 25 June 2011 | 3:41:00 pm | 0 ♥ Sweet Candy
Tahu tak kenapa ierah tak puas hati?ierah tak puas hati sebab JOZAN x menang MAHARAJA LAWAK semalam(24.6.2011).benci tol ar....macam mana lah SEPAH boleh menang...tapi ierah minat SEPAH gak.semalam persembahan JOZAN mase persembahan pertama kurang best tapi masa persembahan kedua JOZAN dapat pujian daripada AHMAD IDHAM.tetap ierah tak puas hati......mungkin itu rezeki SEPAH kot menang semalam.mungkin pilihan pengundi tepat kot.tak pelah JOZAN tetap THE BEST...
JOZAN THE BEST
| 2:19:00 pm | 0 ♥ Sweet Candy
Akhirnya dapat jugak ierah buat blog nie.ierah ingat nak buat blog nie lepas abis SPM,disebabkan nafsu yang x leh kawal so ierah pun buat jugak blog nie.ierah nak buat blog nie coz ierah nak kongsi cerita ierah ngan kawan-kawan-kawan n jealous ar tengok diorangnye blog.cantik sangat....disamping itu, ierah nak belajar wat blog.so kalo ierah pandai buat blog senanglah ierah leh kongsi ilmu ngan orang lain.huhuhu....itulah sebab ierah nak wat blog.Akhir sekali impian ierah nak buat blog tercapai jugak..yang penting sekali thanks SITI AISHAH AL-MUNAWARAH(anak buah ierah) coz tolong MAK NGAH kamu yang baru nk belajar buat blog nie...huhu...tiba-tiba mengaku mak sedara...hahahah...








NurSyahirah Hazmi
Malacca